
Papan iklan itu memaparkan bahan kempen tertera imej gunting “memotong” Sarawak daripada Semenanjung, sambil disusuli menggesa rakyat Sarawak suapaya “bangkit”.
“Cukup-cukuplah. Akhiri penderitaan 58 tahun,” kata ayat berkenaan, merujuk kepada tempoh Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia.
Dalam kenyataan, Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Lina Soo, berkata SPR enggan memaklumkan secara terperinci elemen yang dianggap “provokatif”, sambil menyatakan pihaknya tidak mempunyai masalah mematuhi arahan dikeluarkan.
Lina yang juga calon bagi kawasan Padungan, berkata beliau turut dimaklumkan untuk menukar kain rentang yang dinaikkan kerana dianggap sensitif, dan diberikan tempoh sehingga esok untuk berbuat demikian.
Beliau akan bertanding dalam persaingan empat penjuru bagi kerusi Padungan, berdepan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Chong Chieng Jen, Wee Hong Seng dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Raymond Thong dari Parti Bumi Kenyalang.
PRN12 Sarawak akan berlangsung pada 18 Dis, dengan pengundian awal pada 14 Dis.