PRN: DAP beri Sarawak autonomi tentukan calon, strategi

PRN: DAP beri Sarawak autonomi tentukan calon, strategi

Kepimpinan pusat tidak akan campur tangan dalam urusan tersebut memandangkan DAP Sarawak lebih memahami dinamik politik tempatan.

Setiausaha Agung Loke Siew Fook tidak mahu campur tangan dalam rancangan dan keputusan DAP Sarawak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
DAP menyerahkan kepada kepimpinan Sarawak untuk menentukan strategi dan jumlah calon yang bakal bertanding pada PRN akan datang.

Setiausaha Agung Loke Siew Fook berkata kepimpinan pusat tidak akan campur tangan dalam urusan tersebut memandangkan DAP Sarawak lebih memahami dinamik politik tempatan.

“DAP Sarawak mempunyai autonomi untuk membuat keputusan sendiri dari segi calon dan strategi pilihan raya.

“Mereka mempunyai rancangan dan keputusan sendiri, jadi saya tidak mahu campur tangan dalam perkara itu,” lapor Utusan Malaysia.

Loke berkata jumlah calon dan strategi akan diumumkan selepas Premier Abang Johari Openg mengumumkan pembubaran DUN.

Penggal DUN Sarawak akan tamat pada Februari tahun depan, melainkan dibubarkan lebih awal, dan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran atau selewat-lewatnya menjelang April tahun depan.

Bulan lalu, Abang Johari selaku pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan ia akan meletakkan calon di semua kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.