Sunway Serene: Kediaman lebih sempurna, sejahtera untuk anda

Sunway Serene: Kediaman lebih sempurna, sejahtera untuk anda

Sunway Serene menjanjikan pengalaman hidup lebih sempurna dan mengasyikkan.

Pembangunan Sunway Serene membabitkan kawasan seluas lapan ekar menyediakan akses kepada pelbagai fasiliti gaya hidup eksklusif, termasuk keindahan ‘lazy river’ sepanjang 210 meter untuk anda.
PETALING JAYA:
Selepas berdepan pengalaman hidup dan bekerja dalam suasana perintah kawalan pergerakan susulan penularan wabak Covid-19, pastinya perasaan sesiapa sahaja mahukan kediaman yang lebih menjurus kepada kesejahteraan, berbanding sebelum ini.

Sejumlah besar rakyat Malaysia sebenarnya meluangkan lebih masa di rumah, walaupun situasi semasa di kebanyakan kawasan kembali normal. Sejajar dengan perubahan gaya hidup, berlaku perubahan signifikan terutama membabitkan jenis hartanah yang sedang “dirisik”.

“Kesejahteraan” kini menjadi faktor terpenting dalam daya tarikan dan nilai hartanah.

Pembeli kini melihat kediaman sebagai pelaburan dalam kesejahteraan peribadi kerana memahami kediaman mereka, komuniti dan persekitaran memberi kesan langsung keatas gayahidup, dan pastinya kesan kepada kesihatan.

Mengambil kira faktor penting berkenaan, Master Community Developer Sunway Property, membina sebuah oasis sempurna kepada mana-mana individu bujang mahupun berkeluarga untuk memiliki rumah sendiri.

Sunway Serene, dibina dalampersekitaranbandar oasis, digabung bersama pembinaan pangsapuri di tengah-tengah Petaling Jaya, serta keindahan taman terbuka.

Dengan keasyikan pemandangan lapangan golf termasuk tasik, 894 unit kediaman yang menyediakan khidmat servis di Sunway ini, pastinya menggamit pengalaman terbaik.

Mengekalkan elemen “kesihatan” dalam pembangunan hartanahnya sebagai keutamaan, Sunway Serene menawarkan banyak fasiliti yang menyasarkan suasana gaya hidup lebih sihat, lebih tenang dan ceria.

Sunway Serene dibina dalam persekitaran bandar oasis, digabung bersama pembinaan pangsapuri di tengah-tengah Petaling Jaya, serta keindahan taman terbuka, lapangan golf dan tasik.

Fasiliti ekslusif dalam penjagaan kesihatan anda

Seandainya anda adalah ibubapa muda, pastinya anda sangat menekankan fasiliti kesihatan terdekat berada berhampiran untuk merawat luka kesan kaca pecah, cirit-birit kesan pengambilan makanan tercemar ataupun mendapatkan rawatan demam.

Satu daripada fasiliti unik disediakan dalam pembangunan Sunway Serene adalah Pusat Penjagaan, yang mempunyai dua jururawa tbertauliah dan bersedia berkhidmat kepada anda dan keluarga, sekiranya timbul masalah kesihatan.

Fasiliti terbabit juga disokong oleh Pusat Perubatan Sunway. Justeru ia dilengkapi kemudahan untuk menangani isu kesihatan umum, melakukan saringan kesihatan asas (pemeriksaan tekanan darah dan tahap glukos) dan menyediakan pendidikan kesihatan awam.

Mempunyai fasiliti penjagaan kesihatan yang berdekatan membawa manfaat yang sangat diperlukan. Tiada lagi keperluan untuk memandu di tengah malam, mencari-cari klinik yang masih beroperasi.

Kini, semuai tubukan lagi menjadi kebimbangan kerana Pusat Penjagaan Sunway Serene tersedia buat anda.

Sunway Serene meletakkan kedudukannya mengatasi pesaing menerusi keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahteran dalam pembangunan perumahannya, komuniti dan rekabentuk kejiranan.

Menikmati akses fasiliti gayahidup eksklusif

Menyentuh berkenaan pembangunan oasis di tengah-tengah hutan konkrit, Sunway Property memberi fokus penuh dalam rekabentuk persekitaran paling sempurna berkaitan pembinaan kediaman.

Dalam ruang seluas lapan ekar, anda mempunyai akses kepada pelbagai gayahidup dan fasiliti ekslusif seperti bilik teater, perpustakaan, ‘sky lounge’, gelanggang badminton, gim, kolam renang saiz Olimpik, jakuzi dan paling menarik, pemandangan ‘lazy river’ 210 meter.

Mengambil konsep taman tema Sunway, Sunway Serene, juga membawa keseronokan dan ketenangan berhampiran anda.

Bayangkan, selepas penat bekerja sepanjanghari, anda kembali ke kediaman yang menjanjikan keasyikan melihat sendiri keindahan Sunway Serene di depan mata. Inilah yang dikatakan mimpi menjadi kenyataan!

Berada di luar kawasan hartanah Sunway Serene adalah taman rekreasi dengan 1.2 kilometer jajaran untuk anda berjoging serta aktiviti luar dengan kawasan hijau dan tasik seluas 15 ekar.

Dengan banyaknya fasiliti di Sunway Serene menumpukan kepada gaya hidup lebih sihat, kehidupan tanpa keluh kesah, apalagi yang disediakan di sini? Pastinya, Sunway Serene tidak akan mengecewakan anda.

Sekiranya anda keluarga muda, kehidupan anak-anak anda akan lebih ceria dengan melihat mereka berlari, bermain, menunggang basikal dan pelbagai lagi aktiviti menyeronokkan selepas dikelilingi jadual padat di bilik darjah, mahupun berada di pusat jagaan sepanjang hari.

Kurang tekanan menyumbang kepada kehidupan lebih sejahtera

Sunway Serene juga sentiasa mengambilberat kesejahteraan kehidupan anda melalui sistem keselamatan empat peringkat. Dengan sistem akses keselamatan ketat, anda tidak perlu lagi bimbangkan keselamatan orang tersayang kerana mereka dilindungi setiap masa.

Anda boleh pergi bekerja melalui laluan utama ataupun menggunakan lebuhraya tanpa perlu gusar keselamatan keluarga tersayang di sini.

Anda dan anak-anak boleh meluangkan masa bersama dengan berlari, bermain, menunggang basikal termasuk bersenam selepas seharian melaksanakan tugasan di pejabat.

Manakala itu anak-anak pula boleh menenangkan fikiran selepas berada di bilik darjah sepanjang hari.

Dengan tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraaan sebagai tema utama dalam pembinaan hartanah, komuniti dan rekabentuk kejiranannnya, Sunway Serene, terbukti membawa perbezaan berbanding saingannya.

Di sini, setiap dan semua kemudahan direkabentuk bagi menyumbang kesejahteraan kehidupan terbaik buat anda dan keluarga.

Untuk keterangan lanjut, atau sebarang pertanyaan, sila layari di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.