
MKN dalam kenyataan berkata, tindakan serta-merta itu dibuat untuk membolehkan pihak keselamatan dan agensi bertanggungjawab melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman terbabit.
“Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Agensi-agensi keselamatan negara kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan dan telah mengambil langkah-langkah kawalan terhadap ancaman keselamatan itu,” katanya.
Bintulu adalah salah satu hab pengeluaran LNG terbesar di dunia dan berperanan sebagai penyumbang utama kepada eksport tenaga Malaysia.