Tingkatkan saringan kendiri HIV untuk pekerja seks, gesa Majlis AIDS

Tingkatkan saringan kendiri HIV untuk pekerja seks, gesa Majlis AIDS

Majlis AIDS Malaysia berkata diskriminasi dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan menjadi ‘halangan utama’ untuk kumpulan itu menjalani saringan.

Presiden MAC Dr Christopher Lee berkata, pandemik Covid-19 membawa cabaran baharu bagi mereka yang terlibat dengan respons HIV. (Bernama pic)
PETALING JAYA:
Majlis AIDS Malaysia menggesa lebih banyak saringan kendiri HIV dilakukan untuk pekerja seks di Malaysia susulan stigma dan diskriminasi dihadapi golongan itu daripada kumpulan penjagaan kesihatan.

Dalam kenyataan sempena Hari AIDS Sedunia yang jatuh pada 1 Dis setiap tahun, majlis itu menyifatkan stigma dan diskriminasi dihadapi golongan berkenaan sebagai “halangan utama” untuk melakukan ujian di kemudahan yang menawarkan saringan HIV.

“Disebabkan kekangan signifikan terhadap menjalani ujian di kemudahan yang menawarkannya di negara ini, saringan kendiri menjadi alternatif baik untuk membolehkan golongan berkenaan memastikan status HIV mereka,” kata majlis itu dalam kenyataan.

Menurutnya, kajian ‘HIV Self-Testing (HIVST)’ dilancarkan pada September tahun lalu. Antara lain ia melibatkan perkhidmatan penyampaian HIVST bersepadu menerusi laman web bagi mereka yang terdedah dengan jangkitan HIV untuk melakukan saringan kendiri selain boleh mendapat maklumat langkah penjagaan yang perlu.

Sementara itu, Presiden MAC Dr Christopher Lee berkata pandemik Covid-19 turut memberi cabaran baharu bagi mereka yang terlibat dalam respons HIV. Katanya, ini termasuk mobiliti terhad dan tempoh rawatan antiretroviral (ARV) yang “mengambil masa lama”.

“Ini memberi kesan langsung terhadap usaha masyarakat bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik bagi kumpulan sasaran.”

MAC menggesa kerajaan menubuhkan pasukan petugas pelbagai sektor bagi mengurangkan jangkitan HIV menerusi jangkitan seksual pada peringkat kebangsaan, seperti Program Pengurangan Mudarat pada 2005 yang mengurangkan jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah.

“Setakat 2020 kita baru mencapai 58% orang yang hidup dengan HIV yang menerima rawatan ARV, mengikut ‘HIV Testing and Treatment Cascade’ Kementerian Kesihatan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.