Tangani segera pencemaran Sungai Danga, titah Sultan Johor

Tangani segera pencemaran Sungai Danga, titah Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menitah Exco Johor, R Vidyananthan menyediakan laporan berhubung punca masalah pencemaran sampah sarap di Sungai Danga.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memandu sendiri ‘Bot Air’ untuk meninjau keadaan di Sungai Danga pagi tadi. (Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
PETALING JAYA:
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan tindakan segera diambil ke atas Sungai Danga yang dicemari sampah sarap.

“Exco Kesihatan dan Alam Sekitar (R Vidyananthan) ambil perhatian perkara ini, jangan tengok masalah kesihatan sahaja, penjagaan alam sekitar juga penting untuk kehidupan rakyat.

“Kerja-kerja perlu dilakukan secara berterusan, begitu juga aspek penguatkuasaan dan pemantauan. Jangan tunggu hingga ditegur baru kerja hendak dijalankan,” titah baginda menerusi Facebook.

Baginda turut menitahkan Exco itu menyediakan laporan berhubung punca masalah pencemaran sampah sarap di Sungai Danga.

“Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi dan jabatan yang bertanggungjawab menjaga sungai dan alam sekitar, namun tiada kesan.”

Terdahulu, Sultan Ibrahim mengemudi “Air Boat” milik baginda menyusuri Sungai Danga hampir sejam pagi tadi bagi meninjau kebersihan sungai serta kawasan persekitarannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.