Penganggur dituduh bunuh ibu saudara

Penganggur dituduh bunuh ibu saudara

Lelaki itu didakwa membunuh Aw Foong Meng, 73, di sebuah rumah di Kampung Cina, Menglembu, antara 11 pagi hingga 3.25 petang pada 9 Nov lepas.

Penganggur, Aw Kin Wah (tengah) diiring anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya di Kampung Cina, Menglembu pada 9 Nov lepas. (Gambar Bernama)
IPOH:
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya di Menglembu awal bulan ini.

Tertuduh, Aw Kim Wah, 40, mengangguk sebaik sahaja tuduhan dibacakan di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Aw Foong Meng, 73, di sebuah rumah di Kampung Cina antara 11 pagi hingga 3.25 petang pada 9 Nov lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dilaporkan seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar dan tikaman pada leher dengan senjata berupa pisau masih tertusuk di belakang leher mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.