Zahid, Rauf dikompaun RM10,000 langgar SOP PRN Melaka

Zahid, Rauf dikompaun RM10,000 langgar SOP PRN Melaka

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh didenda kerana menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka.

Ahmad Zahid dan Ab Rauf dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 19 Nov.
PETALING JAYA:
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 19 Nov.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ia susulan video tular di media sosial melibatkan kedua-dua individu tersebut dan siasatan dijalankan mendapati, berlaku pelanggaran SOP semasa tempoh PRN Melaka di kawasan Masjid Tanah pada hari tersebut.

“Justeru, satu kompaun di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bernilai RM10,000 bagi setiap individu dikeluarkan.

“Kompaun dikeluarkan berikutan pelanggaran SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan PRN Melaka Ke-15 iaitu menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan.

KKM menegaskan, SOP PRN Melaka sudah dikeluarkan lebih awal pada 7 Nov sebagai rujukan agar semua pihak memahami dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“KKM akan terus memantau pematuhan SOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada individu.

Dalam PRN Melaka semalam, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mengungguli 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.