Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM berdasar Akta 237, kata KPN

Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM berdasar Akta 237, kata KPN

Kelayakan kemudahan bagi mana-mana bekas Perdana Menteri sedang berdepan tindakan undang-undang menggunakan khidmat itu akan dikekalkan sehingga proses rayuan dimuktamad.

Acryl Sani Abdullah Sani berkata, khidmat kedua-dua pengiring berkenaan disediakan polis berdasarkan peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
KUALA LUMPUR:
Khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas Perdana Menteri disediakan polis berdasarkan peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan bagi bekas Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mana-mana bekas Perdana Menteri yang berdepan tindakan undang-undang, polis akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan kedua-dua khidmat itu sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

Beliau berkata, khidmat kedua-dua pengiring berkenaan disediakan polis berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

“Buat masa ini, PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada semua bekas Perdana Menteri. Sejak akhir-akhir ini, polis mengesan beberapa pihak mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik untuk bekas-bekas Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, warganet mempertikaikan bekas Perdana Menteri yang dilihat masih menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik walaupun telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.