
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Elina Baseri berkata, bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan, Air Selangor menutup bekalan air pada 11.30 pagi tadi.
“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11.30 pagi esok dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Taman Muda
2. Taman Bukit Permai
3. Taman Bukit Pandan
4. Kampung Cheras Baru
5. Taman Mawar
6. Taman Seraya
7. Taman Mega
8. Taman Bukit Teratai
9. Taman Melur
10. Taman Saga
11. Taman Putra
12. Pandan Mewah
13. Taman Mestika
Beliau berkata, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.
“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.