PM lancar Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

PM lancar Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata projek itu melibatkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta.

Ismail berkata pembinaan bagi projek itu telah bermula bulan ini dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada Oktober 2024.
KINABATANGAN:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid.

Beliau berkata projek itu melibatkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta.

Katanya, skop projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu, dan satu persimpangan bertingkat.

“Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat kepada penduduk,” katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin, dan Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup.

Ismail berkata pembinaan bagi projek itu telah bermula bulan ini dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada Oktober 2024.

Katanya, laluan tersebut juga akan mempermudahkan urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di Telupid, dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar Sandakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.