870,000 individu hilang pendapatan terima bantuan RM500 mulai esok, kata PM

870,000 individu hilang pendapatan terima bantuan RM500 mulai esok, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu melibatkan implikasi kewangan RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri Yaakob berkata, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.
PETALING JAYA:
Seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini akan mendapat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 diberikan secara “one-off” mulai esok.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

“Semua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Okt melalui portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.