
Beliau berkata di Twitter bahawa aliran trafik ke arah utara meningkat 20.5%, ke arah selatan naik 15.4% serta 9.7% di Lembah Klang.
“Kami akan terus memantau corak penyakit dan data mobiliti bagi meramal potensi penularan.
“Syarikat konsesi lebuh raya turut diingat agar memastikan kawasan berisiko tinggi seperti surau (di hentian rehat) dilengkapi pengudaraan baik dan tanda penjarakan fizikal perlu jelas kelihatan sebagai persiapan kebanjiran pengguna di lebuh raya pada hujung minggu ini.”
Ahad lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dan ke luar negara untuk individu lengkap divaksin.
Kedua-dua kelonggaran berkenaan berkuat kuasa semalam, manakala rakyat lengkap divaksin boleh ke luar negara tanpa perlu memohon sebarang kebenaran, bagaimanapun mereka masih perlu dikuarantin selepas pulang ke tanah air.