Tiket bas sudah habis

Tiket bas sudah habis

Pengusaha bas ekspres di Negeri Sembilan terpaksa mencari pelbagai alternatif bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

Sambutan yang diterima terutama melibatkan destinasi ke Pantai Timur amat luar jangkaan, menurut Mohd Rofik Mohd Yusoff.
PETALING JAYA:
Tiket bas bagi perjalanan ke semua destinasi di seluruh negara dari Seremban habis dijual selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri berkuat kuasa semalam.

Berikutan itu, pengusaha bas ekspres di Negeri Sembilan terpaksa mencari pelbagai alternatif bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Catar Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, sejak kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, berlaku permintaan tinggi dalam kalangan pengguna perkhidmatan bas ekspres.

Menurutnya, sambutan yang diterima terutama melibatkan destinasi ke Pantai Timur amat luar jangkaan.

“Ramai pengguna tidak mendapat tiket dan kami sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak bas dalam tempoh terdekat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Selain itu katanya, kebanyakan pengusaha juga berhadapan kekangan untuk memulakan operasi selepas kebanyakan bas tidak digunakan dalam tempoh lama akibat pandemik Covid-19.

Katanya, ia memerlukan kos tinggi untuk mempersiapkan bas masing-masing termasuk insurans, membuat pemeriksaan di Pusat Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan menukar tayar serta pelbagai keperluan lain.

“Pengusaha perlu menyediakan kos antara RM10,000 hingga RM15,000 untuk penyediaan kelengkapan kenderaan sebelum boleh memulakan semula perkhidmatan bas ekspres.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberi kebenaran rentas negeri bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Ia berikutan negara mencapai kadar 90% populasi dewasa lengkap vaksinasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.