1 maut bas ekspres terbabas langgar tiang papan tanda

1 maut bas ekspres terbabas langgar tiang papan tanda

Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia, manakala 18 lagi mangsa cedera.

kemalangan bas sri kembangan jbpm selangor
Keadaan bas ekspres selepas melanggar tiang papan tanda di KM293.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di Seri Kembangan awal pagi tadi. (Gambar JBPM Selangor)
PETALING JAYA:
Seorang maut selepas bas ekspres dinaikinya terbabas dan melanggar tiang papan tanda di KM293.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara di Seri Kembangan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Seri Kembangan serta KLIA bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 2.57 pagi tadi.

Menurutnya, terdapat 19 mangsa termasuk pemandu bas ekspres itu.

“Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan, manakala 18 lagi mangsa cedera dan menerima rawatan awal di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tiga mangsa dikeluarkan pasukan bomba dan bakinya keluar sendiri sebelum pihak JBPM tiba.

Katanya, punca nahas masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.