Gempar jumpa bom mortar di jambatan

Gempar jumpa bom mortar di jambatan

Bom mortar lama berukuran 60mm itu ditemui berhampiran jambatan di Kampung Sungai Tapah, Manjoi, kelmarin.

Unit Pemusnah Bom menjalankan tindakan pemusnahan bom UXO jenis mortar 60mm dengan selamat, menurut Yahaya Hassan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penduduk dikejutkan dengan penemuan sebutir bom mortar lama berukuran 60mm berhampiran sebuah jambatan di Kampung Sungai Tapah, Manjoi, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 11.40 pagi.

“Polis menerima panggilan seorang lelaki yang menyatakan beliau menjumpai satu objek menyerupai bom disyaki peluru mortar di kawasan itu.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diminta ke tempat kejadian untuk tindakan,” katanya ketika dihubungi malam tadi, menurut laporan Harian Metro.

Katanya lagi, pasukan UPB kemudiannya menjalankan tindakan pemusnahan bom UXO jenis mortar 60mm.

“Pemusnahan berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda awam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.