Tiada motif jenayah di sebalik ‘lawak’ bom di KLIA, kata polis

Tiada motif jenayah di sebalik ‘lawak’ bom di KLIA, kata polis

Pihak berkuasa berkata suspek menulis pada tag bagasinya terdapat bom kerana tidak mahu beg itu diganggu rakan.

ancaman bom klia
Seorang individu ditahan pada Isnin berikutan ancaman bom palsu yang menyebabkan sebahagian kawasan KLIA Terminal 1 ditutup dengan unit pemusnah bom dikerah.
PETALING JAYA:
Polis tidak menemui motif jenayah dalam ancaman bom palsu di KLIA Terminal 1, awal minggu ini.

Ketua Polis KLIA, Azman Shariat, berkata suspek yang dikatakan seorang pelajar universiti, menulis pada tag bagasinya ada bom di dalamnya supaya rakannya tidak mengganggu beg berkenaan.

Individu itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin memandangkan tempoh reman tamat.

Dalam kenyataan, Azman berkata kertas siasatan mengenai ancaman bom palsu itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan sedang diteliti.

Lelaki itu ditahan pada Isnin berikutan ancaman bom palsu berkenaan, yang menyebabkan sebahagian kawasan lapangan terbang ditutup dengan unit pemusnah bom dikerah.

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports, memberi amaran membuat ancaman palsu merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.