Buat tuntutan palsu, penolong pegawai agensi perladangan ditahan SPRM

Buat tuntutan palsu, penolong pegawai agensi perladangan ditahan SPRM

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan tuntutan palsu lebih RM15,000 berhubung kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut.

Sekitar 2018, suspek dipercayai telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan itu, namun kerja berkenaan tidak dibuat.
SHAH ALAM:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, hari ini, menahan seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan kira-kira sekitar 4 petang tadi, di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Sumber memaklumkan sekitar 2018, suspek pada masa itu bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi sama di kawasan Klang, telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat dalam mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini esok, bagi permohonan reman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.