
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata satu siasatan dibuka bawah Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam kenyataan ringkas kepada media, Fadil memaklumkan majistret membenarkan perintah reman dua hari terhadap dua lelaki tersebut.
Terdahulu, dilaporkan sebanyak 131 laporan polis dibuat terhadap Zamri dan kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Anti Rumah Anutan Haram.
Perhimpunan yang dirancang malam tadi di luar gedung membeli-belah Sogo itu gagal diadakan kerana tidak dibenarkan polis atas faktor keselamatan.
Kira-kira 19 orang, terdiri daripada 15 lelaki dan empat wanita, ditahan malam tadi, dengan 17 daripadanya dibebaskan selepas keterangan direkodkan, menurut polis.