
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan akan dikemukakan oleh Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) kepada Menteri Kanan Pertahanan, yang ingin tahu pampasan yang diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di Balai Pengawal Skuadron 330 Tentera Udara Diraja (TUDM), Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.
Selain soalan berkaitan Covid-19 dan vaksin, sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan juga dijangka menyentuh kedudukan kerajaan mengenai rancangan untuk menghentikan pengusiran pelarian Rohingya yang akan dikemukakan Wong Chen (PH-Subang).
Wong turut meminta Menteri Luar menyatakan tindakan politik dan kemanusiaan sehala yang kerajaan sedia ambil terhadap rampasan kuasa di Myanmar di luar daripada payung ASEAN.
Persidangan Dewan Rakyat juga akan menyambung sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini melibatkan 12 lagi kementerian antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta Kementerian Kesihatan (KKM).
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Okt ini.