3 beradik reka cerita palsu diculik demi tuntut wang tebusan daripada bapa

3 beradik reka cerita palsu diculik demi tuntut wang tebusan daripada bapa

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Polis berkata, tiga beradik perempuan berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada 8.30 malam dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut. (Gambar Freepik)
MUAR:
Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung dan kemudian meminta wang tebusan daripada bapa mereka di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Zaharudin Rasip berkata, tiga beradik berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada 8.30 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mereka yang berumur 66 tahun pada Jumaat lepas yang memberitahu dia menerima panggilan telefon mendakwa anaknya dikurung.

“Siasatan polis mendapati ketiga-tiga mereka berkonspirasi mereka-reka cerita palsu bagi mendapatkan wang daripada pengadu (bapa). Ketiga-tiganya ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaharudin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.