Koroner benarkan bapa Zara Qairina hadir prosiding inkues

Koroner benarkan bapa Zara Qairina hadir prosiding inkues

Prosiding inkues selama 19 hari yang bermula hari ini dijangka memanggil saksi pertama pada 2 petang nanti.

Mahkamah kota kinabalu
Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan Mahathir Hashim @ Marikin untuk pasukan peguamnya terbabit dalam prosiding inkues anaknya.
PETALING JAYA:
Mahkamah Koroner membenarkan bapa kandung Zara Qairina Mahathir menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner membenarkan permohonan Mahathir Hashim @ Marikin, 44, untuk pasukan peguamnya terbabit dalam prosiding inkues.

Berita Harian melaporkan pasukan peguamnya terdiri daripada Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Prosiding inkues selama 19 hari yang bermula hari ini dijangka memanggil saksi pertama pada 2 petang nanti.

Seramai 70 saksi, termasuk pakar patologi menjalankan bedah siasat ke atas pelajar Tingkatan Satu itu akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding inkues dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II, Badius Zaman Ahmad.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri dekat asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth keesokannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.