3 sekeluarga maut dalam rumah

3 sekeluarga maut dalam rumah

Polis berkata seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik dan seorang lagi OKU.

garisan polis
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah, selain tiada kesan geledah atau kehilangan barang peribadi.
SEREMBAN:
Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat membabitkan mangsa berusia 38 hingga 56 tahun itu daripada Hospital Port Dickson pada 12.20 tengah malam tadi.

“Siasatan awal mendapati dua mayat ditemui di ruang tamu, manakala seorang lagi atas katil dalam bilik tidur. Ketiga-tiganya dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

“Seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik, manakala seorang lagi orang kurang upaya (sindrom),” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan mereka tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah, selain tiada kesan geledah atau kehilangan barang peribadi.

Menurutnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.