
Tertuduh, Mizan Nur Rahman, 26, membuat pengakuan itu pada 13 September lalu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Norzaliza Tesmin.
Lelaki itu mengaku menipu Muhammad Nur Ikhwan Hamzah bahawa dia adalah pemegang pasport BY0934943 milik orang lain dan dengan curang mendorong petugas PPV itu memberikan vaksin Covid-19 tidak akan diberikan sekiranya tidak diperdaya.
Menerusi laporan polis dibuat pengadu, warga Bangladesh yang dikenali sebagai Saddam Hossain itu didapati membuat pemalsuan janji temu vaksin menggunakan identiti seorang lelaki bernama Helal.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di PPV Universiti Islam Malaysia (USIM) di Nilai pada jam 10 pagi, 13 September lalu.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman dan memerintahkan ia berkuat kuasa dari tarikh tangkap tertuduh.