Warga emas rugi lebih RM600,000 terjerat penipuan labur saham

Warga emas rugi lebih RM600,000 terjerat penipuan labur saham

Mangsa dijanjikan keuntungan antara 10 hingga 20% dalam tempoh 24 jam.

scammers
Mangsa yang tertarik dengan pulangan lumayan melakukan 25 transaksi pembayaran ke dalam 17 akaun bank tempatan berbeza, kata Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee.
JOHOR BAHRU:
Seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun mengalami kerugian sebanyak RM668,800 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, berkata pihaknya menerima laporan daripada warga emas itu semalam, yang mendakwa terpedaya dengan tawaran pelaburan menerusi aplikasi telefon bimbit dikenali yang menjanjikan keuntungan antara 10 hingga 20% dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata tertarik dengan pulangan yang dijanjikan, mangsa telah melakukan 25 transaksi pembayaran ke dalam 17 akaun bank tempatan berbeza bermula 28 Nov 2025 hingga 6 Jan lepas.

“Mangsa turut membuat semakan melalui aplikasi tersebut dan mendapati keuntungan yang diperoleh mencecah USD102,303.64 (kira-kira RM415,000). Namun, cubaan untuk mengeluarkan wang berkenaan gagal apabila akses disekat.

“Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.