Tak benar PPV ‘walk-in’ untuk remaja batal dan ditutup, kata timbalan menteri

Tak benar PPV ‘walk-in’ untuk remaja batal dan ditutup, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, surat tular mengatakan pemberian vaksin kepada remaja secara 'walk-in' di PPV bermula Khamis ini batal dan ditutup adalah palsu.

Dr Noor Azmi Ghazali berkata, surat yang tular mengatakan program vaksinasi remaja secara jumpa terus bermula esok ditutup dan batal adalah palsu.
PETALING JAYA:
Dakwaan satu surat tular mengatakan program pemberian vaksin kepada remaja secara ‘walk-in’ di seluruh negara dibatal dan ditutup palsu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Omar.

Beliau yang juga penyelaras Program Vaksinasi Remaja berkata, surat yang tular itu juga tidak benar.

“Tidak benar,” kata Azmi ringkas kepada FMT ketika ditanya mengenai penyebaran surat berkenaan di media sosial.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Anas Alam Faizli berkata, pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja akan diteruskan seperti biasa seperti pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Azmi.

“Ia diteruskan seperti pengumuman menteri kesihatan dan timbalan menteri,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu tular satu surat daripada Bahagian Pembangunan Keluarga Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 21 Sept (semalam) yang memaklumkan pembatalan surat pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi remaja secara “walk in” di PPV awam dan integrasi di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sehingga PPV ditutup bermula esok.

Pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja dimulakan secara rasmi pada Isnin lalu sementara pemberian vaksin untuk remaja secara ‘walk-in’ atau jumpa terus akan bermula esok di 156 PPV di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.