
Kawasan yang terjejas adalah Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25 di Shah Alam.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan berkata kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya menjelang pukul 6 pagi esok.
“Bekalan air akan diedarkan secara berperingkat sejurus selesai kerja-kerja pembaikan dan dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, Jumaat (24 Sept),” katanya.
Para pengguna boleh merujuk medium komunikasi rasmi syarikat itu iaitu aplikasi Air Selangor, laman Facebook, Instagram, Twitter Air Selangor atau menghubungi Pusat Komunikasi di 15300 untuk maklumat lanjut, manakala sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.