
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Anak Embol berkata, suspek berusia 24 itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.
“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi Isnin (esok),” katanya menurut laporan Utusan Online.
Kes terbabit sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek ditahan reman sehingga 17 September bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, kes terbabit diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan menyebabkan dia disambung tahanan reman selama tiga hari lagi bagi membantu siasatan.
Pada 12 September lalu, sepasang remaja maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pikap Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di lebuh raya tersebut.