
Daripada semua yang ditahan, 15 daripada mereka termasuk dua penjawat awam didapati positif dadah.
Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat, berkata 15 yang didapati positif dadah itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita.
Katanya, selain dua penjawat awam berusia 28 serta 33 tahun yang positif, lima orang awam iaitu wanita berusia 21 hingga 26 tahun turut didapati positif dadah.
“Seorang daripada suspek wanita yang ditahan itu adalah penuntut kolej, manakala seorang lagi bekerja sebagai jurujual dan tiga daripadanya tidak bekerja.
“Selain itu, lapan lelaki yang juga orang awam berusia 21 hingga 52 tahun turut didapati positif dadah bekerja sebagai tukang rumah, pesawah, jurujual dan berniaga,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan tiga pekerja premis berusia 25 hingga 31 tahun.
Katanya, semua pengunjung yang ditahan itu dikompaun mengikut Perkara 10(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal.
“Tiga pekerja premis terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki pula ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH) 1997.
Katanya, kesemua yang positif dadah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, penjawat awam yang ditahan kerana positif dadah itu masing-masing bertugas di Kedah dan Kuala Lumpur.
Dua lagi penjawat awam yang ditahan kerana kesalahan mengunjungi pusat hiburan terbabit pula masing-masing bertugas di Kedah dan Selangor.