Mayat bayi lelaki terapung dalam loji kumbahan

Mayat bayi lelaki terapung dalam loji kumbahan

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu melaporkan kepada pihaknya.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, saksi kejadian melihat objek terapung yang membawa kepada penemuan mayat bayi lelaki itu.
PETALING JAYA:
Mayat bayi lelaki ditemui terapung dipercayai dibuang dalam sebuah loji kumbahan di Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada 10.38 pagi.

“Panggilan dibuat seorang lelaki yang menyatakan melihat objek dipercayai bayi yang telah meninggal dunia terapung dalam loji kumbahan itu.

“Hasil siasatan awal mendapati objek dilapor adalah mayat seorang bayi yang cukup sifat dan anggaran masa kematian lebih sehari,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu agar melaporkan kepada pihaknya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.