Kes buang mayat bayi: Polis akan periksa hospital, klinik swasta

Kes buang mayat bayi: Polis akan periksa hospital, klinik swasta

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pemeriksaan itu bagi mengesan rekod wanita baru melahirkan anak dan mencurigakan.

Lokasi penemuan mayat bayi lelaki masih bertali pusat di Sungai Klang petang semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Polis akan memeriksa hospital dan klinik swasta di ibu negara susulan kes pembuangan mayat bayi lelaki ke sungai di Jalan Klang Lama, semalam.

Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pemeriksaan itu bagi mengesan rekod wanita baru melahirkan anak dan mencurigakan.

“Setakat ini belum ada tangkapan suspek. Kita akan memeriksa hospital dan klinik swasta, bergantung kepada keputusan bedah siasat hari ini ,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, media melaporkan mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di Sungai Klang dekat sebuah restoran di Jalan Klang Lama.

Ku Mashariman dilaporkan berkata, MERS 999 menerima aduan awam berhubung penemuan objek seperti mayat bayi kira-kira 2.05 petang Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.