Bekas imam besar Masjid Negara dinobat Tokoh Maal Hijrah 2021

Bekas imam besar Masjid Negara dinobat Tokoh Maal Hijrah 2021

Pemilihan kedua-dua tokoh dibuat berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringat nasional dan antarabangsa.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini dibuat secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Bekas imam besar Masjid Negara Syaikh Ismail Muhammad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan bagi tahun 2021/1443 Hijrah.

Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah yang juga penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, Muhammad Abdulkarim Al-Issa pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa.

Pengumuman kedua-dua tokoh dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh dibuat berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringat nasional dan antarabangsa.

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh masing-masing menerima hadiah wang tunai, pingat dan sijil penghargaan.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini dibuat secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.