
Ketua Polis Tanah Merah Zainuddin Md Yusoff berkata mayat lelaki itu yang dalam keadaan kembung dan berulat ditemui orang awam pada 11.45 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.
“Mayat lelaki itu ditemui terlentang di dalam parit tersebut dan hanya berseluar pendek tanpa baju.
“Tiada pengenalan diri pada mayat itu dan keadaannya telah berbau sehingga sukar untuk kita (polis) mengenalpasti identiti lelaki itu,” katanya kepada Bernama.
Zainuddin berkata mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Siasatan lanjut mengenai penemuan mayat itu sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.