
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Rohana menggantikan Dr Heric Corray yang bersara wajib pada 16 Julai.
Sebelum ini, Dr Rohana merupakan Pengarah Hospital Serdang sejak 2016.
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr Rohana Johan yang dilantik sebagai Pengarah Hospital Kuala Lumpur yang baharu.
“Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Hospital Kuala Lumpur dapat diteruskan,” katanya dalam catatan di Facebook.
Rohana merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang klinikal dan pengurusan.
Selain sebagai Pengarah hospital, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Serdang.
Rohana juga pernah bertugas di pelbagai peringkat di Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Besar Ipoh, Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak.