
PETALING JAYA: Insiden tular warga asing berlumuran darah di kepala disahkan berlaku di tempat letak kereta bertingkat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata sebarang fakta berkaitan kejadian itu akan dikongsi dalam masa terdekat.
“Saya sahkan ada kejadian ini dan ada laporan dibuat.
“Ia berlaku di tempat letak kereta bertingkat HKL. Mohon berhati-hati jika ingin meletakkan kenderaan di sana,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan kepala seorang warga asing berlumuran darah setelah dipercayai dipukul dalam kejadian samun.
Menerusi video tular itu, mangsa kelihatan dalam kesakitan sambil memegang kepalanya sehingga tidak sedarkan diri.