
Menterinya Zulkifli Mohamad berkata, sumbangan berkenaan disalurkan menerusi agensi antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Usaha membantu mana-mana pihak yang memerlukan masih diteruskan, kita berterima kasih kepada pelbagai pihak yang turut sama menghulurkan sumbangan kepada golongan berkenaan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan replika cek pembinaan Masjid Kampung Sungai Isap 2, Kuantan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Zulkifle Ali, hari ini.
Selain wang tunai, agihan bantuan turut diberikan menerusi dana perniagaan, latihan kemahiran dan wakaf kesihatan.
Sementara it, beliau berkata, inisiatif Gerobok Rezeki atau bank makanan, mendapat sambutan baik daripada pihak syarikat mahupun individu perseorangan yang turut sama menyumbang.