Helikopter Fennec milik TLDM mendarat cemas di Lumut

Helikopter Fennec milik TLDM mendarat cemas di Lumut

Satu kenyataan rasmi difahamkan akan menyusul oleh TLDM bagi memperincikan punca kemalangan terbabit.

Keadaan helikopter TLDM jenis AS 555 SN Fennec selepas mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec dilaporkan terbabit dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian 12 tengah hari itu, semua kru dilaporkan selamat.

Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan menyusul oleh pihak TLDM bagi memperincikan punca kemalangan terbabit.

Untuk rekod, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang semuanya memiliki rekod penerbangan cemerlang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.