Beri lampu hijau untuk kami mesyuarat segera, ketua PAC beritahu speaker

Beri lampu hijau untuk kami mesyuarat segera, ketua PAC beritahu speaker

Wong Kah Woh berkata, Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid akan bermesyuarat 5 Julai ini, namun PAC masih tidak boleh bermesyuarat sejak darurat dilaksanakan Januari lalu.

Wong Kah Woh berkata, PAC perlu meneruskan kerja untuk penyelesaian kes yang dimulakan sebelum ini, penelitian Laporan Ketua Audit Negara terkini dan menyemak perbelanjaan kerajaan dalam semua isu menangani pandemik Covid-19.
PETALING JAYA:
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun digesa segera memberi lampu hijau kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan jawatankuasa pilihan khas (JK) Parlimen untuk bermesyuarat semula, yang kali terakhir diadakan pada November 2020.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh membuat gesaan itu kerana Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid akan bermesyuarat 5 Julai ini.

“Tidak ada alasan kenapa PAC dan jawatankuasa pilihan tidak boleh bermesyuarat semula dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, pengumumam Azhar berhubung sidang Parlimen secara hibrid itu jelas menunjukkan dari segi undang-undang, tiada perkara yang mengekang Parlimen bersidang pada bila-bila masa, termasuk sebelum darurat berakhir 1 Ogos ini.

“Ini selari titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini mengarahkan sidang Parlimen diadakan serta-merta.

“Ini juga bermaksud PAC dan JK Parlimen tidak lagi serta tidak patut dikekang daripada menyambung semula mesyuarat dan prosiding yang ditangguhkan sebelum ini.

“Dari segi pematuhan SOP kesihatan, Parlimen juga mempunyai fasiliti mencukupi dengan bilik mesyuarat jawatankuasanya yang boleh menampung 65 orang dalam keadaan biasa dan 30 orang dengan pematuhan SOP kesihatan.”

Katanya, PAC perlu meneruskan kerja untuk penyelesaian kes yang dimulakan sebelum ini, penelitian Laporan Ketua Audit Negara terkini dan menyemak perbelanjaan kerajaan dalam semua isu menangani pandemik Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.