Plat perancah besi jatuh, hempap 7 kereta

Plat perancah besi jatuh, hempap 7 kereta

Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Keadaan kereta akibat dihempap perancah besi yang jatuh ketika kerja-kerja mengangkat menggunakan kren di sebuah tapak projek. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan insiden plat perancah besi telah terjatuh dan menghempap tujuh kereta.

Menurut Komander Operasi PBK II, Hasmahwi Abd Wahab berkata bagaimanapun tiada mangsa terlibat.

Jenis kereta yang terlibat ialah dua Proton Saga dan masing-masing satu Proton Wira, Pajero, Proton Iriz, Perodua Myvi dan Honda City,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasmahwi berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.53 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Pudu bersama 1 buah jentera FRT dan sebuah EMRS dengan kekuatan 7 orang anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian yang melibatkan plat perancah besi telah terjatuh semasa kerja-kerja mengangkat dilakukan oleh kren lalu menghempap 7 buah kereta yang diletakkan bersebelahan tapak projek.

“Pihak polis berada di lokasi. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.50 pagi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.