
PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki ditemui dalam kereta yang diletakkan di sebuah stesen minyak di Bandar Perdana, Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata kamera rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan Perodua Myvi itu diletakkan pada 3 pagi Rabu lalu.
Menurutnya, lelaki 51 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak bergerak dan sudah berbau kira-kira 3 petang Jumaat.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada kesan atau unsur jenayah.
“Berdasarkan siasatan, lelaki itu didapati berasal dari Bukit Choras, Pendang dan dikesan mempunyai rekod penyakit,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim.