Lelaki pukul isteri hamil hingga koma ditahan

Lelaki pukul isteri hamil hingga koma ditahan

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dev Kumar berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam.

Suspek berusia 38 tahun itu dikatakan ditahan sepasukan polis di tepi jalan di Taman Bukit Angsana semalam.
PETALING JAYA:
Suspek yang didakwa memukul isterinya yang hamil sehingga koma di rumah mereka di Larkin, Johor, awal bulan lalu akhirnya ditahan polis semalam, selepas diburu hampir sebulan.

Difahamkan, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan polis di tepi jalan Taman Bukit Angsana, di sini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dev Kumar berkata, suspek ditahan kira-kira 11 pagi semalam.

“Ya, suspek diberkas kira-kira 11 pagi dan akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor untuk siasatan lanjut,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Bulan lalu, media melaporkan Jahidah Nordin, 43, cedera parah di kepala dan tengkorak, dengan rahang, tulang belakang serta rusuknya retak, disyaki dipukul suaminya di rumah mereka di Larkin pada 4 Mei lalu.

Polis kemudiannya mengedarkan gambar dan maklumat peribadi suspek yang bernama Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah serta bekerja sebagai peniaga.

Wanita yang tidak sedarkan diri itu dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu, selepas dirawat di hospital selama 27 hari.

Usia kandungannya kini memasuki 12 minggu dan dalam keadaan baik, tetapi pasukan perubatan memaklumkan mangsa mungkin hilang ingatan dan peluangnya pulih seperti biasa adalah tipis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.