Warga emas pakai gelang ‘pink’ ke pasar dikompaun RM4,000

Warga emas pakai gelang ‘pink’ ke pasar dikompaun RM4,000

Polis berkata lelaki berusia 73 tahun itu sempat membeli barang dapur sebelum beberapa pengunjung lain perasan gelang kuarantin merah jambu yang dipakainya.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan seorang lelaki memakai gelang merah jambu membeli-belah di Pasar Sumayyah, Kelantan, sebelum dikenakan tindakan oleh polis.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 73 tahun dikompaun RM4,000 di Tumpat, Kelantan, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar membeli barang dapur dengan memakai gelang merah jambu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Ab Rashid Mat Daud, berkata lelaki itu ke Pasar Sumayyah pada 10.30 pagi dan sempat membeli barang dapur sebelum beberapa pengunjung lain perasan gelang kuarantin merah jambu yang dipakainya.

“Kebetulan anggota kami ada membuat rondaan di sekitar pasar terbabit dan lelaki itu terus ditahan sebelum dikenakan kompaun RM4,000 atas kesalahan melanggar SOP Covid-19,” katanya menurut laporan Harian Metro.

“Ketika ditahan, lelaki itu sedang membuat pembelian sambil membimbit beberapa plastik barang dapur yang sudah dibeli sebelum disedari orang ramai.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

Terdahulu, tular gambar yang menunjukkan lelaki itu yang juga pesara kakitangan awam, membeli-belah di pasar berkenaan sebelum dikenakan tindakan oleh polis.

Warga emas itu difahamkan hanya membuat pembelian di beberapa lot kedai sekitar hujung pasar, dan ramai peniaga tidak sedar gelang merah jambu yang dipakainya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.