
Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata semua individu itu ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 serta tidak melebihi RM30,000, jika sabit kesalahan.
“Orang awam dinasihatkan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol bagi mengelak daripada risiko kemalangan jalan raya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, sepanjang operasi khas Op Mabuk itu, 91 kenderaan diperiksa dan 19 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk enam saman kerana tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, operasi itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.
“BSPT Penampang akan terus memperhebatkan Op Mabuk ini menjelang sambutan Pesta Kaamatan,” katanya.