Rekod tertinggi 22 kluster baharu Covid-19

Rekod tertinggi 22 kluster baharu Covid-19

Ia membabitkan kluster tempat kerja, komuniti, keagamaan dan sektor pendidikan.

Terdapat 516 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 22 kluster baharu Covid-19, jumlah tertinggi pernah direkodkan sejak negara dilanda pandemik tahun lalu.

Lapan daripadanya membabitkan tempat kerja, tujuh berkaitan komuniti, enam kluster keagamaan dan baki satu membabitkan sektor pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster itu dikesan di Selangor, Sarawak, Johor, Terengganu, Melaka, Labuan, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah dan Perak.

  • Kluster Industri Bukit Raja (Klang) dengan 21 kes
  • Kluster Jalan 223 PJ (Petaling) dengan 16 kes
  • Kluster Jalan Endap Sawit (Samarahan, Serian dan Kuching) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Tanjung Kupang (Johor Bahru) dengan 199 kes
  • Kluster Jalan Tuan Hitam (Besut) dengan 38 kes
  • Kluster Paya Rumput Utama (Melaka Tengah) dengan 11 kes
  • Kluster Victoria Merdeka (Labuan) dengan 16 kes
  • Kluster Jalan Kampung Bakau (Kangar) dengan tujuh kes
  • Kluster Stunggang (Lundu) dengan sembilan kes
  • Kluster Kampung Tanjong Jejulok (Pasir Mas) dengan 15 kes
  • Kluster Kampung Limau (Lembah Pantai) dengan 27 kes
  • Kluster Pagar Sungai Imam (Tawau) dengan 27 kes
  • Kluster Muhibbah Dua (Lahad Datu) dengan 14 kes
  • Kluster Kolopis (Penampang) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Inang (Melaka Tengah) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Kenanga Pertama (Sabak Bernam) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Pusara (Sepang) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Timah Empat (Johor Bahru) dengan 25 kes
  • Kluster Taman Sri Rampai (Titiwangsa) dengan tujuh kes
  • Kluster Kampung Keranji (Pasir Mas) dengan 14 kes
  • Kluster Kampung Batu Tiga (Batang Padang dan Kuala Kangsar) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Senduduk Satu (Johor Bahru) dengan 16 kes.

Beliau berkata, sebanyak 1,942 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 516 daripadanya kluster aktif dan 1,426 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.