
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu tular di media sosial menerusi sebuah video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda CRV dipandu secara berbahaya dengan memotong dari arah kiri secara tiba-tiba.
Shamsul berkata kejadian itu dirakam oleh seorang pemandu kenderaan di lokasi kejadian.
“Klip video tersebut juga memaparkan pemandu kenderaan terbabit telah memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pemandu yang merakam video tersebut turut membrek secara mengejut,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.
Katanya, suspek berusia 58 tahun itu ditahan di Balai polis Trafik Klang Selatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Suspek telah datang membuat laporan polis kerana ketika sedang bekerja telah terima satu rakaman video kejadian. Suspek mendapat banyak panggilan telefon dan mesej WhatsApp,” katanya.