Kes Covid-19 naik, adakah darurat disambung lagi, soal Puad Zarkashi

Kes Covid-19 naik, adakah darurat disambung lagi, soal Puad Zarkashi

Apakah ia menjadi alasan kuat supaya darurat disambung semula?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi juga mempersoalkan sama ada akan berlaku gelombang ke-4 kes Covid-19 di negara ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Umno mempersoal sama ada perintah darurat akan disambung lagi selepas trend kes Covid-19 menunjukkan peningkatan semula.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi juga mempersoalkan adakah akan berlaku gelombang ke-4 kes Covid-19 di negara ini.

“Apakah alasan-alasan seperti vaksin lambat kerana tidak ‘cukup order’ dan negara dah tak ada duit juga jadi alasan kuat supaya darurat disambung semula,” katanya di Facebook.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,148 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 367,977 kes jangkitan sehingga kini.

Ini adalah kali pertama jumlah jangkitan harian melebihi 2,000 kes sejak 5 Mac, dengan 2,154 kes direkodkan.

Dalam pada itu, Puad berkata walaupun beberapa aktiviti ekonomi seperti pasar malam dan pangung wayang dibenar beroperasi semula, tetapi sidang Parlimen tetap digantung.

“Mesti kasino, kelab malam, pasar malam, rumah urut dan panggung wayang di sambung juga.

“Tetapi Parlimen tetap digantung,” katanya.

Pada Januari lepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan pelaksanaan perintah darurat sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.