Venezuela isytihar darurat, Trump dakwa Presiden Maduro ditahan

Venezuela isytihar darurat, Trump dakwa Presiden Maduro ditahan

Kerajaan Venezuela dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Presiden Nicolas Maduro mengisytiharkan darurat berkenaan bagi mempertahankan wilayah negara itu.

Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan darurat di seluruh negara susulan serangan udara yang menyasarkan ibu negara, Caracas, lapor agensi. (Gambar AFP)
CARACAS:
Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan darurat di seluruh negara susulan serangan udara yang menyasarkan ibu negara, Caracas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Kerajaan Venezuela dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Presiden Maduro mengisytiharkan darurat berkenaan bagi mempertahankan wilayah negara itu.

Menurut kenyataan itu, angkatan tentera telah dikerahkan bersama pasukan lain bagi mempertahankan kedaulatan negara dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa bahawa Maduro bersama isterinya telah ditahan dan dibawa keluar dari negara itu susulan serangan udara AS ke atas Venezuela.

“Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan serangan besar-besaran terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro, yang telah ditahan bersama isterinya dan diterbangkan keluar dari negara itu.

Operasi ini dilakukan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang AS,” katanya menerusi hantaran di platform Truth Social, sambil menambah bahawa satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.