Pemandu lori didenda RM4,000 pindah babi tanpa kebenaran

Pemandu lori didenda RM4,000 pindah babi tanpa kebenaran

Oon Keng Hock didakwa memindahkan babi hidup di hadapan pagar sebuah rumah di Tasek Gelugor menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Oon Keng Hock dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
BUTTERWORTH:
Seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan tiga babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Majistret Nurul Huda Idris turut memerintahkan Oon Keng Hock, 28, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Oon didakwa memindahkan tiga babi hidup di hadapan pagar sebuah rumah di Tasek Gelugor menggunakan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 11.58 pagi, 8 Dis tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003, perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang memperuntukkan denda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.