
Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata hasil risikan, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, telah melakukan serbuan ke rumah inap desa tersebut pada 3.30 petang menerusi Op Parti Liar.
“Hasil serbuan, polis telah menahan 24 lelaki dan 11 wanita yang berumur antara 16 hingga 26 tahun.
“Kesemua mereka dikenakan kompaun mengikut Seksyen 22(b) Akta 342, serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
“Daripada 35 individu yang ditahan, 32 daripadanya juga ditahan atas kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) manakala tiga lagi dibebaskan selepas dikenakan kompaun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Shukri berkata 32 individu yang ditahan itu ditempatkan di lokap Balai Alor Setar untuk tindakan lanjut.