Kakitangan mahkamah syariah direman bantu siasatan rasuah sah sabitan nasab

Kakitangan mahkamah syariah direman bantu siasatan rasuah sah sabitan nasab

Suspek ditahan selepas memberi keterangan di SPRM Perlis semalam.

Perintah reman hingga 26 Mac itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar yang membenarkan permohonan SPRM.
KANGAR:
Seorang kakitangan mahkamah syariah direman selama dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.

Perintah reman hingga 26 Mac itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Suspek ditahan selepas memberi keterangan di SPRM Perlis kira-kira 5.30 petang semalam.

Menurut sumber, kakitangan mahkamah syariah berusia 41 tahun itu menerima suapan berjumlah RM5,500 sebagai dorongan untuk melancarkan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.

Katanya, berdasarkan semakan transaksi, kakitangan terbabit menerima RM3,000 pada Rabu minggu lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.